Pertandingan tersebut telah diadakan di Masjid Sharif Ali, Sengkurong. Yangmana diadakan pada Hari Selasa malam Rabu, 9 Syabaan 1431 bersamaan dengan 20 Julai 2010. Ianya diadakan bersempena dengan Hari Keputeraan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Peduka Seri Beginda Sultan Haji Hasanal Bolkiah yang ke 64 tahun.
Ianya diadakan bagi memilih wakil Mukim Sengkurong keperingkat Daerah Brunei Muara. Yangmana 3 buah pasukan telah bertanding dalam pertandingan tersebut. Pasukan yang mengambil bahagian ialah Majlis Perunding Kampong Sengkurong A, Majlis Perunding Kampong Mulaut dan Majlis Perunding Kampong Sengkurong B. Dimana keputusan nya ialah
Tempat Pertama (Johan) dimenangi oleh Pasukan Majlis Perundingan Kampong Sengkurong A
Naib Johan disandang oleh Majlis Perundingan Kampong Sengkurong B.
dan tempat Ketiga Majlis Perundingan Kampong Mulaut.
Dua orang Hakim yang dilantik untuk menghakimi pertandingan tersebut.

Para Jemputan yang hadir menyaksikan pertandingan tersebut.


0 ulasan:
Catat Ulasan