AJKT SESI 1431-1433H

AJKT SESI 1431-1433H

.

.

K. D. Y. M. M. BERANGKAT BERSEMBAHYANG JUMAAT DI SURAU MULAUT

on Khamis, 8 Julai 2010

Pada hari ini Jumaat, 26hb Rejab, 1431 bersamaan 9hb Julai 2010,  Kebawah Duli Yang Maha Mulia Peduka Seri Beginda Sultan Hj Hasanal Bolkiah, Sultan dan Yang Dipertuan Negara Brunei Darussalam telah berangkat menunaikan sembahyang fardu Jumaat di surau ini.  

Turut berangkat ialah Duli Yang Teramat Mulia Peduka Seri Duli Pengiran Muda Mahkota Pengiran Muda Haji Al Muhtadee Billah dan Duli Yang Teramat Mulia Peduka Seri Duli Pengiran Muda Abdul Maleek.

Ini adalah kali yang ke Empat Belas (14) beginda berangkat dan bersembahyang disurau ini.

Keberangkatan balik YM Imam Hj Sufri bin Hj Mega menghadap untuk menjunjung menandatangani buku pelawat.

Pemangku Pengarah Hal Ehwal Masjid YM Hj Abd Kahar bin Hussin menjunjong zarah kehadapan majlis Kebawah Duli Yang Maha Mulia.

Para Jemaah yang hadir pun mengambil peluang untuk menjunjung zarah kehadapan beginda.

Duli Yang Teramat Mulia Peduka Seri Duli Pg Muda Mahkota Pg Hj Al Muhtadee Billah juga turut berangkat.

Para Jemaah turut menjunjung zarah kehadapan Duli Yang Teramat Mulia.


Duli Yang Teramat Mulia Peduka Seri Duli Pengiran Muda Abdul Maleek berkenan menerima junjung zarah.


  








 
Disebelah luar bangunan surau pun ramai para jemaah yang belum balik dan menunggu beginda keluar untuk junjung zarah.


0 ulasan:

Catat Ulasan


KUMPULAN BERDIKIR

KUMPULAN BERDIKIR
Berdikir dimajlis Perkahwinan

Pasukan Dikir Surau Kampong Mulaut

Pasukan Dikir Surau Kampong Mulaut
UNDANGAN BERDIKIR

Followers

  © Free Blogger Templates 'Photoblog II' by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP