Majlis Nisfu Syabaan telah diadakan di Surau Kampong Mulaut pada Hari Isnin Malam Selasa 26hb Julai, 2010 mesihi bersamaan dengan 15hb Syabaan 1431 hijrah. Dimana majlis bermula setelah selesai menunaikan sembahyang fardu Magrib berjemaah dengan bacaan Surah Yasin sebanyak tiga kali. Setelah selesai menunaikan sembahyang fardu Isyak satu syarahan ugama telah diadakan. Dimana ceramah telah disampaikan olih Yang Mulia Ustaz Haji Mail bin Besar, Ketua Pegawai Ugama Daerah Temburong.
YM Haji Mohd Jait bin Hitam (Ketua Kampong) bersama penceramah Undangan YM Ustaz Haji Mail bin Besar (Ketua Pegawai Ugama Daerah Temburong.
Dari kiri: YM Imam Haji Ismail bin Wahab, YM Imam Haji Sufri bin Haji Mega dan YM Haji Mohd Jait bin Hitam (Ketua Kampong)
Diantara jemaah yang hadir dimajlis tersebut.
YM Ustaz Haji Mail bin Besar menyampaikan ceramah mengenai dengan malam-malam yang diterima doa dan taubat. Dimana pada malam Nisfu Syabaan, Malam Lailatul Kadar, Malam dua hari raya dan lain-lainnya.
Beliau berasa kagum tentang kehadiran para jemaah yang begitu ramai dan ingin untuk mendengar ceramah pada malam itu. Apa lagi ianya diadakan dalam waktu akhir (setelah selesai menunaikan sembahyang fardu Isyak). Pembawaan beliau menyampaikan dalam nada berjenaka menarikan lagi minat walaupun sudah berada diakhir waktu.
0 ulasan:
Catat Ulasan