AJKT SESI 1431-1433H

AJKT SESI 1431-1433H

.

.

SEMBAHYANG TARAWIH DI IMAMKAN OLIH DUA ORANG PENUNTUT INSTITUTE TAHFIZ

on Khamis, 12 Ogos 2010

Pada malam-malam Ramadan mulai dari 1hb Ramadan 1431 telah dimulakan Ibadah Sembahyang Sunat Tarawih dan Witir serta majlis bertadrus membaca Kitab Suci Al Quraan.   

Yangmana sembahyang sunat Tarawih telah di Imamkan olih dua orang penuntut  dari Institute Tahfiz Al Quran Sultan Haji Hasanal Bolkiah, Brunei secara berganti-ganti 10 rakaat tiap seorang.  

Mereka-mereka yang telah ditugaskan ialah:
1. AWANG AHMAD MUZHAFFAR BIN HAJI MARSIDI dan
2. AWANG NURUL HANIFAH BIN AL HUSSAINI.

 
Dari kiri: YM Imam Haji Sufri bin Haji Mega (Pengerusi),  YM Awang Nurul Hanifah bin Al Husaini, TM Awg Ahmad Muzhaffar bin Haji Marsidi, dan YM Awang Noriskandar bin Md Hasnan (Timbalan Setiausaha).


Para jemaah lelaki turut membaca ialah YM Haji Mohd Jait bin Hitam, Ketua Kampong Mulaut selaku Penesihat Ahli Jawatankuasa Takmir Surau Kampong Mulaut.

Kelihatan Pemimpin bacaan YM Ustaz Haji Selamat bin Haji Salleh.

Sebahagian pembacaan disebelah luar


Sebahagian pembaca di sebelah dalam bangunan Surau



Sebahagian dari Jemaah Wanita yang turut bertadarus.  Yangmana dipimpin olih Ustazah Hajah Hafsah binti Haji Abd Rahman.

DOA ARWAH SEKAMPONG DAN CERAMAH MUFTI

on Jumaat, 6 Ogos 2010

SKM
Pada Hari Jumaat malam Sabtu, 26 Syabaan 1431 bersamaan 6hb Ogos 2010 telah diadakan satu majlis Doa Arwah Sekampong dan diselajurkan dengan ceramah yang disampaikan olih Yang Berhormat Pehin Datu Seri Maharaja Dato Peduka Seri Setia Ustaz Haji Abd Aziz bin Junid.  Manakala Talil dan Doa Arwah dipimpin olih YM Imam Haji Ismail bin Wahab.

Dari Kiri YB PDSM DPSS U Haji Abd Aziz, YM Imam Haji Ismail bin Wahab dan YM Imam Haji Sufri bin Haji Mega.

Para Jemaah duduk menunggu tahlil dimulakan

Sebahagian lagi jemaah yang hadir

Disudut yang lain para jemaah duduk menunggu bacaan tahlil dimulakan



YM Hj Mohd Jait bin Hitam Ketua Kampong Mulaut selaku Pengerusi Majlis Perunding Kampong menyampaikan cenderahati kehadapan YB Pehin.

KEMPEN KEBERSIHAN MEMBERSIH KAWASAN SURAU

on Sabtu, 31 Julai 2010

Pada Hari Ahad 1hb Ogos 2010 telah diadakan kempen kebersihan bagi membersih kawasan Surau.  Kerja-kerja dipimpin olih YM Haji Mohd Jait bin Hitam, Ketua Kampong selaku Penesihat Jawatankuasa Takmir.

Kerja-kerja menyimbah air mengunakan hos bomba, dari kiri: YM Imam Hj Sufri bin Hj Mega, YM Hj Mohd Jait bin Hitam (Ketua Kampong) dan YM Hj Ismail bin Hj Damit.

Sebilangan AJK yang turut serta YM Cikgu Hj Maidi bin Ahmat.

YM Hj Abd Majid bin Hj Abd Rahman memob lantai tempat berudu.

Sebahagian daripada AJK yang membersih kawasan surau.















 YM Hj Musa bin Hj Abd Rahim


YM Cikgu Hj Merali bin Hj Salleh memegang hos dan YM Hj Abu Daud bin Abd Ghani bekas membuka air.

 YM Hj Maidi bin Ahmat dan YM Hj Ramlli bin Hj Dagang menyapu longkang.


Setelah selesai para hadirin disajikan dengan sedikit jemuan. Dari kiri: YM Hj Merali bin Hj Salleh, YM Hj Ibrahim bin Hj Ratu, YM Hj Maidi bin Ahmat dan YM Hj Awang bin Hj Ajak.

YM Hj Mohd Jait bin Hitam (Ketua Kampong) menyampaikan ucapan dan disebelah beliau YM Hj Ismail bin Hj Damit.

Doa selamat dibacakan olih YM Ustaz Hj Selamat bin Hj Salleh.


YM Ketua Kampong menadah tangan memohon restu dari Ilahi.

YM Hj Ismail bin Damit dan YM Hj Meramit bin Hj Saban.

YM Hj Akip bin Hj Burut, YM Hj Ramlli bin Hj Dagang, YM Hj Abu Daud bin Abd Ghani dan YM Hj Musa bin Hj Abd Rahim.



ROMBONGAN BERDIKIR KE ISTANA NURUL IMAN

on Rabu, 28 Julai 2010

Pasukan Dikir Surau ini telah menerima undangan Berdikir ke Istana Nurul Imam sempena Hari Keputeraan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Peduka Seri Beginda Sultan Haji Hasanal Bolkiah yang ke 64 tahun.

Setelah tiba ke Istana Nurul Iman, Ahli-Ahli Dikir berkumpul di Surau Istana sementara menunggu waktu untuk menunaikan sembahyang fardu Isyak berjemaah. Dari kiri YM Hj Musa bin Hj Abd Rahim, YM Hj Awang bin Hj Ajak, YM Hj Mohin@Sidup bin Tujoh, YM Hj Maidi bin Ahmat, YM Hj Mohd Jait bin Hitam dan YM Hj Merali bin Hj Salleh.

Dari kiri YM Hj Awang bin Hj Ajak, YM Hj Mohin@Sidup bin Tujoh, YM Hj Ibrahim bin Hj Ratu, YM Hj Maidi bin Ahmad, YM Hj Mohd Jait bin Hitam dan YM Hj Merali bin Hj Salleh.

Dari kiri YM Hj Awang bin Hj Ajak, YM Hj Mohin@ Sidup bin Tujoh, YM Hj Ibrahim bin Hj Ratu, YM Hj Maidi bin Ahmat, YM Hj Mohd Jait bin Hitam dan YM Hj Merali bin Hj Salleh.

Kehadiran Ahli-Ahli Dikir sebelum sembahyang fardu Isyak.

Pasukan Dikir Surau Kampong Mulaut mempersembahkan Hairuman Daik.

Ini ialah Pasukan dari Masjid Al Ameerah Al Hajah Maryam Kampong Jerudong.

Manakala ini pula Pasukan dari Guru-Guru Ugama Daerah Brunei dan Muara, Jabatan Pengajian Islam, Kementerian Hal Ehwal Ugama.

dan ini ialah Pasukan Tauseh dari Jabatan Pengajian Islam, Kementerian Hal Ehwal Ugama, Negara Brunei Darussalam.

MAJLIS NISFU SYABAAN BAGI TAHUN 1431 HIJRAH

on Isnin, 26 Julai 2010


Majlis Nisfu Syabaan telah diadakan di Surau Kampong Mulaut pada Hari Isnin Malam Selasa 26hb Julai, 2010 mesihi bersamaan dengan 15hb Syabaan 1431 hijrah.  Dimana majlis bermula setelah selesai menunaikan sembahyang fardu Magrib berjemaah dengan bacaan Surah Yasin sebanyak tiga kali.  Setelah selesai menunaikan sembahyang fardu Isyak satu syarahan ugama telah diadakan.  Dimana ceramah telah disampaikan olih Yang Mulia Ustaz Haji Mail bin Besar, Ketua Pegawai Ugama Daerah Temburong.

YM Haji Mohd Jait bin Hitam (Ketua Kampong) bersama penceramah Undangan YM Ustaz Haji Mail bin Besar (Ketua Pegawai Ugama Daerah Temburong.

Dari kiri: YM Imam Haji Ismail bin Wahab, YM Imam Haji Sufri bin Haji Mega dan YM Haji Mohd Jait bin Hitam (Ketua Kampong)

Diantara jemaah yang hadir dimajlis tersebut.




YM Ustaz Haji Mail bin Besar menyampaikan ceramah mengenai dengan malam-malam yang diterima doa dan taubat.  Dimana pada malam Nisfu Syabaan, Malam Lailatul Kadar, Malam dua hari raya dan lain-lainnya.



Diantara yang hadir bagi menjayakan majlis tersebut.












Beliau berasa kagum tentang kehadiran para jemaah yang begitu ramai dan ingin  untuk mendengar ceramah pada malam itu.  Apa lagi ianya diadakan dalam waktu akhir (setelah selesai menunaikan sembahyang fardu Isyak).  Pembawaan beliau menyampaikan dalam nada berjenaka menarikan lagi minat walaupun sudah berada diakhir waktu.


PERTANDINGAN DIKIR SARAFIL ANNAM BAGI MAJLIS PERUNDING KAMPONG DIBAWAH MUKIM SENGKURONG

on Rabu, 21 Julai 2010


Pertandingan tersebut telah diadakan di Masjid Sharif Ali, Sengkurong.  Yangmana diadakan pada Hari Selasa malam Rabu, 9 Syabaan 1431 bersamaan dengan 20 Julai 2010.  Ianya diadakan bersempena dengan Hari Keputeraan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Peduka Seri Beginda Sultan Haji Hasanal Bolkiah yang ke 64 tahun.

Ianya diadakan bagi memilih wakil Mukim Sengkurong keperingkat Daerah Brunei Muara.  Yangmana 3 buah pasukan telah bertanding dalam pertandingan tersebut.  Pasukan yang mengambil bahagian ialah Majlis Perunding Kampong Sengkurong A, Majlis Perunding Kampong Mulaut dan Majlis Perunding Kampong Sengkurong B.  Dimana keputusan nya ialah

Tempat Pertama (Johan) dimenangi oleh Pasukan Majlis Perundingan Kampong Sengkurong A

Naib Johan disandang oleh Majlis Perundingan Kampong Sengkurong B.

dan tempat Ketiga Majlis Perundingan Kampong Mulaut.



 
 Dua orang Hakim yang dilantik untuk menghakimi pertandingan tersebut.



Para Jemputan yang hadir menyaksikan pertandingan tersebut.









KUMPULAN BERDIKIR

KUMPULAN BERDIKIR
Berdikir dimajlis Perkahwinan

Pasukan Dikir Surau Kampong Mulaut

Pasukan Dikir Surau Kampong Mulaut
UNDANGAN BERDIKIR

Followers

  © Free Blogger Templates 'Photoblog II' by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP