AJKT SESI 1431-1433H

AJKT SESI 1431-1433H

.

.

PERTANDINGAN DIKIR SARAFIL ANNAM BAGI MAJLIS PERUNDING KAMPONG DIBAWAH MUKIM SENGKURONG

on Rabu, 21 Julai 2010


Pertandingan tersebut telah diadakan di Masjid Sharif Ali, Sengkurong.  Yangmana diadakan pada Hari Selasa malam Rabu, 9 Syabaan 1431 bersamaan dengan 20 Julai 2010.  Ianya diadakan bersempena dengan Hari Keputeraan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Peduka Seri Beginda Sultan Haji Hasanal Bolkiah yang ke 64 tahun.

Ianya diadakan bagi memilih wakil Mukim Sengkurong keperingkat Daerah Brunei Muara.  Yangmana 3 buah pasukan telah bertanding dalam pertandingan tersebut.  Pasukan yang mengambil bahagian ialah Majlis Perunding Kampong Sengkurong A, Majlis Perunding Kampong Mulaut dan Majlis Perunding Kampong Sengkurong B.  Dimana keputusan nya ialah

Tempat Pertama (Johan) dimenangi oleh Pasukan Majlis Perundingan Kampong Sengkurong A

Naib Johan disandang oleh Majlis Perundingan Kampong Sengkurong B.

dan tempat Ketiga Majlis Perundingan Kampong Mulaut.



 
 Dua orang Hakim yang dilantik untuk menghakimi pertandingan tersebut.



Para Jemputan yang hadir menyaksikan pertandingan tersebut.








MAJLIS KESYUKURAN HARI KEPUTERAAN DAN DIKIR

on Rabu, 14 Julai 2010

Satu majlis kesyukuran sempena Hari Keputeraan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Peduka Seri Beginda Sultan Haji Hasanal Bolkiah telah diadakan di Masjid-Masjid, Surau-Surau dan Balai-Balai Ibadat Di Seluruh Negara.  Dimana Surau Kampong Mulaut juga tidak ketinggalan mengadakan majlis tersebut.  Dimana selepas  Sembahyang Fardu Magrib diadakan Mejlis Membaca Surah Yasin dan Doa Kesyukuran.  Selapas sembahyang Fardu Isyak pula diadakan Majlis Dikir.


Sebahagian Jemaah yang hadir dimajlis tersebut


YM Imam Haji Ismail bin Wahab mengepalai bacaan Surah Yasin dan Doa Tahlil. Manakala di sebelah kiri ialah YM Hj Hidup bin Lamit (Timbalan Pengerusi AJK Takmir Surau Kg Mulaut).

Dari kira ke kanan: YM Cikgu Hj Maidi bin Ahmat, YM Hj Awang bin Hj Ajak, YM Hj Ramlli bin Hj Dagang, YM Hj Ibrahim bin Hj Ratu, YM Hj Abu Daud bin Abd Ghani dan YM Cikgu Hj Merali bin Hj Salleh.

YM Hj Mohd Jait bin Hitam (Ketua Kampong), YM Hj Ismail bin Hj Damit dan YM Hj Maidi bin Ahmat.


 YM Hj Ismail bin Hj Damit, YM Hj Ramlli bin Hj Dagang, YM Hj Ibrahim bin Hj Ratu, YM Hj Tamit bin Hj Abd Rahim dan YM Hj Mohd Jali bin Lamit.
 

YM Hj Mohd Jali bin Lamit dan YM Hj Seruji bin Hj Yahya.


YM Hj Mohd Jali bin Lamit, YM Hj Karim bin Hj Ahmad (Guru Dikir), YM Hj Mohin @ Sidup bin Tujoh (Ketua Kumpulan Dikir), YM Hj Besar bin Ahmad dan YM Awg Razak bin Hj Bujang.


Ahli-Ahli Jawatankuasa Takmir Surau bersama Ahli-Ahli Jawatankuasa Perunding Kampong Mulaut. Barisan hadapan dari kiri: YM Hj Untong bin Hj Abd Kadir, YM Hj Abd Karim bin Hj Ahmad, YM Hj Awang bin Hj Ajak, YM Hj Abu Daud bin Abd Ghani, YM Hj Hidup bin Lamit, YM Hj Abd Rahman bin PDASDR Hj Kassim, YM Hj Awg Tarsad bin Hj Damit, YM Hj Meramit bin Hj Saban dan Hj Hamdani bin Hj Omar.  Berdiri barisan kedua: YM Hj Mohin @ Hj Sidup bin Tujoh, YM Hj Maidi bin Ahmat, YM Hj Mohd Jait bin Hitam, YM Hj Ibrahim bin Hj Ratu, YM Hj Ramlli bin Hj Dagang, YM Hj Ismail bin Hj Damit, YM Hj Merali bin Hj Salleh, YM Hj Kalong bin Hj Zahari dan YM Hj Tamit bin Hj Manggol.





Tiga Gambar diambil setelah majlis selesai.

Dikir Assrakal sedang disembahkan.  Semua jemaah berdiri.


YM Hj Awang bin Hj Ajak dan YM Hj Ramlli bin Hj Dagang.














K. D. Y. M. M. BERANGKAT BERSEMBAHYANG JUMAAT DI SURAU MULAUT

on Khamis, 8 Julai 2010

Pada hari ini Jumaat, 26hb Rejab, 1431 bersamaan 9hb Julai 2010,  Kebawah Duli Yang Maha Mulia Peduka Seri Beginda Sultan Hj Hasanal Bolkiah, Sultan dan Yang Dipertuan Negara Brunei Darussalam telah berangkat menunaikan sembahyang fardu Jumaat di surau ini.  

Turut berangkat ialah Duli Yang Teramat Mulia Peduka Seri Duli Pengiran Muda Mahkota Pengiran Muda Haji Al Muhtadee Billah dan Duli Yang Teramat Mulia Peduka Seri Duli Pengiran Muda Abdul Maleek.

Ini adalah kali yang ke Empat Belas (14) beginda berangkat dan bersembahyang disurau ini.

Keberangkatan balik YM Imam Hj Sufri bin Hj Mega menghadap untuk menjunjung menandatangani buku pelawat.

Pemangku Pengarah Hal Ehwal Masjid YM Hj Abd Kahar bin Hussin menjunjong zarah kehadapan majlis Kebawah Duli Yang Maha Mulia.

Para Jemaah yang hadir pun mengambil peluang untuk menjunjung zarah kehadapan beginda.

Duli Yang Teramat Mulia Peduka Seri Duli Pg Muda Mahkota Pg Hj Al Muhtadee Billah juga turut berangkat.

Para Jemaah turut menjunjung zarah kehadapan Duli Yang Teramat Mulia.


Duli Yang Teramat Mulia Peduka Seri Duli Pengiran Muda Abdul Maleek berkenan menerima junjung zarah.


  








 
Disebelah luar bangunan surau pun ramai para jemaah yang belum balik dan menunggu beginda keluar untuk junjung zarah.


LAWATAN KE PONTIANAK INDONESIA

on Jumaat, 18 Jun 2010


Sebahagian daripada Ahli-Ahli Jawatankuasa Takmir melawat kewilayah Indonesia iaitu Bandar Pontianak Kelimantan Barat.

Diantaranya ialah HAJI RAMLLI BIN HAJI DAGANG bersama isteri dan HAJI MUSA BIN HAJI ABD RAHIM bersama isteri.





Bergambar dihadapan Istana Lama Kesultanan Sambas
Juga dihadapan sebuah Istana yang lain.

Susunan gambar raja-raja yang pernah memerintah Sambas


Senarai Nama-Nama Pusaka hasil pertapaan Kerajaan Sambas.




Makam Jangoi Pertosan Medebakar Tadjoedin



Didalam Istana







MASJID BANDARAYA KOTA KINABALU.

 Pemandangan Luar
Masjid Bandaraya Kota Kinabalu

Masjid ini dinamakan Masjid Bandaraya Kota Kinabalu juga dikenali dengan nama Masjid Terapong.  Ianya dibina diatas laut bersempena Kota Kinabalu menjadi sebuah bandaraya.

KELAS DIKIR LAMA

on Selasa, 8 Jun 2010

Ahli-Ahli Jawatankuasa Takmir Surau ini telah mengadakan kelas Dikir Brunei (Dikir Lama). Yangmana guru yang memimpin kelas tersebut ialah YM Cikgu Haji Karim bin Haji Ahmad.

Ianya diadakan dua kali seminggu, iaitu tiap-tiap Hari Isnin malam Selasa dan Hari Rabu malam Khamis.


YM Haji Musa bin Haji Abd Rahim, YM Haji Hidup bin Lamit dan YM Haji Kalong bin Haji Zahari.

Sebahagian daripada murid-murid yang belajar dikir lama tersebut.

YM Haji Awang bin Haji Ajak dan YM Haji Ramlli bin Haji Dagang.

YM Haji Hidup bin Lamit (Timbalan Pengerusi) dan YM Haji Kalong bin Haji Zahari.

YM Mudim Haji Abd Latif bin Haji Saman dan YM Cikgu Haji Maidi bin Ahmat.



SEMPIT DAN PENUH SEMASA SEMBAHYANG FARDU JUMAAT

on Khamis, 3 Jun 2010


Keadaan hari Jumaat diluar bangunan surau dipenohi olih para jemaah yang akhir kerana didalam bangunan yang ada sudah penoh dengan jemaah yang ramai dan datang awal.  Beginilah keadaanya pada tiap-tiap hari jumaat apa lagi semasa menunaikan sembahyang sunat dua Hari Raya.

Sebelah dalam surau sudah penoh dengan jemaah yang datang awal dari waktunya.  Keadaan ini semasa khutbah jumaat sedang dibaca olih khatib.  Jemaah yang hadir khusuk mendengar khutbah yang dibacakan bagi sama-sama memahami kandungannya.
Keadaan yang bersesak didalam bangunan ketiga iqamah dilaungkan.  Dimana jemaah akan mengisikan tempat-tempat yang kosong bagi mendirikan sembahyang fardu jumaat.

Sebelah luar pun penuh dengan jemaah yang akan menunaikan sembahyang fardu jumaat. Yangmana dahulunya tempat ini asalnya ialah beranda dan kawasan bilik air, kemudian diubah suai dijadikan bilik sembhyang.  


KUMPULAN BERDIKIR

KUMPULAN BERDIKIR
Berdikir dimajlis Perkahwinan

Pasukan Dikir Surau Kampong Mulaut

Pasukan Dikir Surau Kampong Mulaut
UNDANGAN BERDIKIR

Followers

  © Free Blogger Templates 'Photoblog II' by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP