AJKT SESI 1431-1433H

AJKT SESI 1431-1433H

.

.

K. D. Y. M. M. BERANGKAT BERSEMBAHYANG JUMAAT DI SURAU MULAUT

on Khamis, 8 Julai 2010

Pada hari ini Jumaat, 26hb Rejab, 1431 bersamaan 9hb Julai 2010,  Kebawah Duli Yang Maha Mulia Peduka Seri Beginda Sultan Hj Hasanal Bolkiah, Sultan dan Yang Dipertuan Negara Brunei Darussalam telah berangkat menunaikan sembahyang fardu Jumaat di surau ini.  

Turut berangkat ialah Duli Yang Teramat Mulia Peduka Seri Duli Pengiran Muda Mahkota Pengiran Muda Haji Al Muhtadee Billah dan Duli Yang Teramat Mulia Peduka Seri Duli Pengiran Muda Abdul Maleek.

Ini adalah kali yang ke Empat Belas (14) beginda berangkat dan bersembahyang disurau ini.

Keberangkatan balik YM Imam Hj Sufri bin Hj Mega menghadap untuk menjunjung menandatangani buku pelawat.

Pemangku Pengarah Hal Ehwal Masjid YM Hj Abd Kahar bin Hussin menjunjong zarah kehadapan majlis Kebawah Duli Yang Maha Mulia.

Para Jemaah yang hadir pun mengambil peluang untuk menjunjung zarah kehadapan beginda.

Duli Yang Teramat Mulia Peduka Seri Duli Pg Muda Mahkota Pg Hj Al Muhtadee Billah juga turut berangkat.

Para Jemaah turut menjunjung zarah kehadapan Duli Yang Teramat Mulia.


Duli Yang Teramat Mulia Peduka Seri Duli Pengiran Muda Abdul Maleek berkenan menerima junjung zarah.


  








 
Disebelah luar bangunan surau pun ramai para jemaah yang belum balik dan menunggu beginda keluar untuk junjung zarah.


LAWATAN KE PONTIANAK INDONESIA

on Jumaat, 18 Jun 2010


Sebahagian daripada Ahli-Ahli Jawatankuasa Takmir melawat kewilayah Indonesia iaitu Bandar Pontianak Kelimantan Barat.

Diantaranya ialah HAJI RAMLLI BIN HAJI DAGANG bersama isteri dan HAJI MUSA BIN HAJI ABD RAHIM bersama isteri.





Bergambar dihadapan Istana Lama Kesultanan Sambas
Juga dihadapan sebuah Istana yang lain.

Susunan gambar raja-raja yang pernah memerintah Sambas


Senarai Nama-Nama Pusaka hasil pertapaan Kerajaan Sambas.




Makam Jangoi Pertosan Medebakar Tadjoedin



Didalam Istana







MASJID BANDARAYA KOTA KINABALU.

 Pemandangan Luar
Masjid Bandaraya Kota Kinabalu

Masjid ini dinamakan Masjid Bandaraya Kota Kinabalu juga dikenali dengan nama Masjid Terapong.  Ianya dibina diatas laut bersempena Kota Kinabalu menjadi sebuah bandaraya.

KELAS DIKIR LAMA

on Selasa, 8 Jun 2010

Ahli-Ahli Jawatankuasa Takmir Surau ini telah mengadakan kelas Dikir Brunei (Dikir Lama). Yangmana guru yang memimpin kelas tersebut ialah YM Cikgu Haji Karim bin Haji Ahmad.

Ianya diadakan dua kali seminggu, iaitu tiap-tiap Hari Isnin malam Selasa dan Hari Rabu malam Khamis.


YM Haji Musa bin Haji Abd Rahim, YM Haji Hidup bin Lamit dan YM Haji Kalong bin Haji Zahari.

Sebahagian daripada murid-murid yang belajar dikir lama tersebut.

YM Haji Awang bin Haji Ajak dan YM Haji Ramlli bin Haji Dagang.

YM Haji Hidup bin Lamit (Timbalan Pengerusi) dan YM Haji Kalong bin Haji Zahari.

YM Mudim Haji Abd Latif bin Haji Saman dan YM Cikgu Haji Maidi bin Ahmat.



SEMPIT DAN PENUH SEMASA SEMBAHYANG FARDU JUMAAT

on Khamis, 3 Jun 2010


Keadaan hari Jumaat diluar bangunan surau dipenohi olih para jemaah yang akhir kerana didalam bangunan yang ada sudah penoh dengan jemaah yang ramai dan datang awal.  Beginilah keadaanya pada tiap-tiap hari jumaat apa lagi semasa menunaikan sembahyang sunat dua Hari Raya.

Sebelah dalam surau sudah penoh dengan jemaah yang datang awal dari waktunya.  Keadaan ini semasa khutbah jumaat sedang dibaca olih khatib.  Jemaah yang hadir khusuk mendengar khutbah yang dibacakan bagi sama-sama memahami kandungannya.
Keadaan yang bersesak didalam bangunan ketiga iqamah dilaungkan.  Dimana jemaah akan mengisikan tempat-tempat yang kosong bagi mendirikan sembahyang fardu jumaat.

Sebelah luar pun penuh dengan jemaah yang akan menunaikan sembahyang fardu jumaat. Yangmana dahulunya tempat ini asalnya ialah beranda dan kawasan bilik air, kemudian diubah suai dijadikan bilik sembhyang.  

KULIAH MAGRIB

on Selasa, 25 Mei 2010


Kuliah magrib dijalankan pada tiap-tiap Hari Selasa malam Rabu, yangmana ceramah disampaikan olih Pegawai Hal Ehwal Masjid. YM Pg Amiruddin bin Pg Haji Tajuddin.

KURSUS FARDU KIFAYAH BAGI MUSLIMAH SURAU

on Isnin, 24 Mei 2010



Satu Kursus fardu kifayah telah diadakan olih 20 orang Kumpulan Muslimah Surau, yang dipimpin olih Pengerusinya Cikgu Hajah Johana binti Haji Mohd Issa.  Kursus selama 3 hari itu bermula hari ini Isnin 10 Jamadil Akhir 1431H bersamaan 24 Mei, 2010M.

Kursus telah disampaikan olih dua orang pengajar iaitu:

            DAYANG HAJAH NORMALA BINTI HAJI NORDIN, dan
            DAYANG HAJAH FAUZIAH BINTI UMAR.



Pengerusus menerangkan kepada ahli kursus cara-cara menyempurnakan Jenazah.




Ahli-Ahli kursus bergambar bersama dua orang pengajar yang diundang


KUMPULAN BERDIKIR

KUMPULAN BERDIKIR
Berdikir dimajlis Perkahwinan

Pasukan Dikir Surau Kampong Mulaut

Pasukan Dikir Surau Kampong Mulaut
UNDANGAN BERDIKIR

Followers

  © Free Blogger Templates 'Photoblog II' by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP