AJKT SESI 1431-1433H

AJKT SESI 1431-1433H

.

.

MAJLIS IBADAH KORBAN DIJALANKAN OLEH A. J. K SURAU

on Rabu, 17 November 2010

Pada Hari Khamis 18hb November 2010 bersamaan 11 Zulhijjah 1431, Ahli Jawatankuasa Takmir Surau Kampong Mulaut telah mengadakan majlis Ibadah Korban bagi Jemaah dan Penduduk sekeliling.  Dimana 5 ekor karbau telah dikorbankan bagi tahun ini.

YM Hj Hamdani selaku wakil ahli berkorban membacakan ikrar didepan wakil yang akan memotong (menyembelih)

Salah seekor kerbau yang hendak dikorbankan siap sedia untuk dipotong (sembelih)








Setelah dipotong darah mengalir kebumi. Menandakan pengorbanan seseorang diterima oleh bumi.



YM Hj Hamdani membacakan ikrar kepada pemotong (penyembelih) sebelum kerja-kerja pemotongan dijalankan disaksikan olih seorang perserta YM Hj Ramlli Hj Dagang


YM Hj Hamdani membaca ikrar diperhati oleh salah seorang perkerja di Rumah Penyembelihan Mulaut.
Sebahagian daripada Ahli Jawatankuasa dan perserta yang bertugas memerhatikan perjalanan penyembelihan diawal waktu.
Kerbau yang sudah disembelih diangakat keatas dengan mengunakan krin.

Kerja-kerja memasukan daging kedalam pick up diperhati olih ahli-ahli jawatankuasa yang bertugas.

Daging dikeluarkan dari bagunan Pusat Penyembelihan dengan mudah  mengunakan reel dan terus dimasukkan kedalam pick up yang sedia diluar bangunan.

Daging yang sudah dikeluarkan terus dimasukkan kedalam pick-up untuk dihantar ke Surau Kampong Mulaut.

YM Hj Amir Arif Hj Nasir dan YM Hj Maidi Ahamat sedang menunggu daging diluar kawasan Pusat Penyembelihan Mulaut.

YM Hj Hamdani Hj Omar selaku pengurus korban memastikan kerbau yang dibekal bertepatan deangan apa yang dikehendaki.


Sebahagian daripada daging digantong untuk dipotong dan dibahagi-bahagi.

Sebahagian daripada Ahli Jawatankuasa mengerjakan kerja-kerja melapah dan memotong daging.

 Sebahagian lagi daripada Ahli Jawatankuasa memotong daging.

 YM Hj Meramit Hj Saban dan YM Hj Hambali Abdullah Siok tidak ketinggalan memotong daging korban.

YM Hj Untong Hj Abd Kadir memotong dan memasukkan daging kedalam bakul.

Kerja-kerja menimbang dan mengira berat danging yang akan diagih-agihkan.

Kerja menimbang dijalankan olih YM Hj Othman Lamit,  YM Hj Awang Hj Ajak dan YM Hj Seruji Hj Yahya.

Para Muslilmah juga tidak ketinggalan turut serta dalam majlis ibadah korban dimana mereka telah menumbangkan dua ekor daripadanya.

YM Hj Maidi Ahmat tidak ketinggalan turut serta.

YM Hj Amin Arif Hj Nasir juga mengambil peluang turut serta untuk memotong tulang kaki kerbau.



























































MERAIKAN BAKAL-BAKAL JEMAAH HAJI

on Ahad, 17 Oktober 2010

Pada Hari Ahad malam Isnin, 9 Zulkaedah 1431 bersamaan  17 Oktober 2010, Ahli Jawatankuasa Takmir Surau Kampong Mulaut telah mengadakan majlis meraikan bakal-bakal jemaah Haji dari Kampong Mulaut dan sekitarnya.

Majlis diadakan selepas saja menunaikan sembahyang fardu magrib, Yangmana satu ceramah yang berkisar dengan haji telah disampaikan oleh YM Dato Seri Setia Ustaz Hj Metussin bin Hj Baki, Hakim Mahkamah Tinggi Syaraiah, Jabatan Perdana Menteri, Negara Brunei Darussalam.

YM DSS Ustaz Hj Metussin bin Hj Baki menyampaikan ceramah.

YM Ketua Kampong Hj Md Jait bin Hitam bersama YM Imam Hj Ismail bin Wahab sedang mendengar ceramah yang disampaikan.

Sebahagian daripada bakal-bakal jemaah haji yang diundang sedang mendengar ceramah.

Para jemaah surau tekun mendengar 

Sebahagian lagi bakal jemaah haji.





Setelah selesai menunaikan sembahyang fardu Isyak majlis diteruskan dengan ucapan daripada Pengerusi majlis. YM Hj Mohd Jait bin Hitam, Ketua Kampong Mulaut.

YM Hj Abd Majid bin Hj Ibrahim selaku wakil daripada bakal jemaah yang diraikan menyampaikan ucapan.

YM Imam Hj Sufri bin Hj Mega mengepalai bacaan surah yasin

YM Imam Hj Ismail membaca doa selamat untuk bakal-bakal jemaah haji.


KUMPULAN BERDIKIR

KUMPULAN BERDIKIR
Berdikir dimajlis Perkahwinan

Pasukan Dikir Surau Kampong Mulaut

Pasukan Dikir Surau Kampong Mulaut
UNDANGAN BERDIKIR

Followers

  © Free Blogger Templates 'Photoblog II' by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP