Pada Hari Ahad malam Isnin, 9 Zulkaedah 1431 bersamaan 17 Oktober 2010, Ahli Jawatankuasa Takmir Surau Kampong Mulaut telah mengadakan majlis meraikan bakal-bakal jemaah Haji dari Kampong Mulaut dan sekitarnya.
Majlis diadakan selepas saja menunaikan sembahyang fardu magrib, Yangmana satu ceramah yang berkisar dengan haji telah disampaikan oleh YM Dato Seri Setia Ustaz Hj Metussin bin Hj Baki, Hakim Mahkamah Tinggi Syaraiah, Jabatan Perdana Menteri, Negara Brunei Darussalam.
YM DSS Ustaz Hj Metussin bin Hj Baki menyampaikan ceramah.
YM Ketua Kampong Hj Md Jait bin Hitam bersama YM Imam Hj Ismail bin Wahab sedang mendengar ceramah yang disampaikan.
Sebahagian daripada bakal-bakal jemaah haji yang diundang sedang mendengar ceramah.
Para jemaah surau tekun mendengar
Sebahagian lagi bakal jemaah haji.
Setelah selesai menunaikan sembahyang fardu Isyak majlis diteruskan dengan ucapan daripada Pengerusi majlis. YM Hj Mohd Jait bin Hitam, Ketua Kampong Mulaut.
YM Hj Abd Majid bin Hj Ibrahim selaku wakil daripada bakal jemaah yang diraikan menyampaikan ucapan.
YM Imam Hj Sufri bin Hj Mega mengepalai bacaan surah yasin
0 ulasan:
Catat Ulasan