Kuliah magrib dijalankan pada tiap-tiap Hari Selasa malam Rabu, yangmana ceramah disampaikan olih Pegawai Hal Ehwal Masjid. YM Pg Amiruddin bin Pg Haji Tajuddin.
AJKT SESI 1431-1433H
.
Satu Kursus fardu kifayah telah diadakan olih 20 orang Kumpulan Muslimah Surau, yang dipimpin olih Pengerusinya Cikgu Hajah Johana binti Haji Mohd Issa. Kursus selama 3 hari itu bermula hari ini Isnin 10 Jamadil Akhir 1431H bersamaan 24 Mei, 2010M.
Kursus telah disampaikan olih dua orang pengajar iaitu:
DAYANG HAJAH NORMALA BINTI HAJI NORDIN, dan
DAYANG HAJAH FAUZIAH BINTI UMAR.
Pengerusus menerangkan kepada ahli kursus cara-cara menyempurnakan Jenazah.
Ahli-Ahli kursus bergambar bersama dua orang pengajar yang diundang
Perbincangan bersama diatara Penduduk Kampong bersama dengan Pegawai Projek
Keadaan tapak yang sudah ditembok dan akan diratakan
Rombongan lawatan ke tapak pembinaan masjid baru Kampong Mulaut telah diadakan pada Hari Jumaat 7 Rabul Akhir 1431H bersamaan 21 Mei, 2010M. Lawatan diketuai olih Yang Berhormat Pehin Datu Seri Maharaja Dato Peduka Seri Setia Ustaz Haji Abd Aziz bin Junid Mufti Kerajaan selaku Penasihat Majlis Perunding Kampong Mulaut, bersama Ketua Kampong Mulaut YM Haji Mohd Jait bin Hitam, Ketua Bahagian Projek KHEU YM Awang Ahmad Sanusi bin Haji Mohd Salleh serta penduduk Kampong Mulaut.
Surau Kampong Mulaut mempunyai dua buah kumpulan dikir. Satu daripadanya adalah Kumpulan Dikir Lalaki dan satu lagi ialah Kumpulan Dikir Perempuan.
Kumpulan-kumpulan ini mengadakan kelas belajar dikir lama (dikir Brunei) atau latihan sebanyak dua kali seminggu. Iaitu tiap-tiap Hari Isnin malam Selasa dan Hari Rabu malam Khamis. Kelas ini dipimpin olih YM Cikgu Haji Abdul Karim bin Haji Ahmad.
Kumpulan-kumpulan ini sering diundang bukan sahaja dalam Kampong Mulaut sendiri malahan pernah diundang untuk mempersembahkan Dikir Brunei di Istana Nurul Iman dan lain-lain Kampong dan luar Daerah. Kumpulan kita ini pernah diundang berdikir di Daerah Tutong iaitu di Kampong Batang Mintus Mukim Kiudang.
Kepada sesiapa yang ingin mengundang pasukan lalaki bolihlah menghubungi:
YM HAJI MOHIN @ HAJI SIDUP BIN TUJOH - Telepon: 2651496 / 8847913
YM HAJI MAIDI BIN AHMAD - Telepon : 2668463 / 8811697
Atau berjumpa Pegawai-Pegawai Masjid yang ada di Surau Kampong Mulaut.
Satu majlis Khatam Al Quraan bagi jemaah lelaki dewasa telah diadakan pada hari Khamis malam Jumaat di Rumah YM Tuan Haji Morni bin Haji Mohammad di Kampong Kati Mahar. Beliau adalah salah seorang yang turut serta dalam majlis tersebut.
Majlis dipimpin olih Yang Mulia Ustaz Haji Selamat bin Haji Salleh.
Langgan:
Catatan (Atom)
KUMPULAN BERDIKIR
Berdikir dimajlis Perkahwinan
Pasukan Dikir Surau Kampong Mulaut
UNDANGAN BERDIKIR


















