Pada Hari Rabu malam Khamis, 21 Syawal 1431 / 29 September 2010, acara majlis ramah mesra Hari Raya telah diadakan olih Majlis Perunding Mukim Sengkurong bersama Majlis-Majlis Perunding Kampong dibawahnya.
Hadir selaku tetamu kehormat ialah Ahli Majlis Mesyuarat Negara. YB Pehin Datu Imam Dato Seri Setia Ustaz Haji Abd Hamid bin Bakal.
Pondok Kampong Mulaut menyaksikan Ahli-Ahli Jawatankuasa
Perundingan Kampong Mulaut berada dikawasan pondok mereka.
Pondok Majlis Perunding Kampong Mulaut telah dihias cantik dimana telah mendapat tempat ketiga dalam pertandingan kecantikan.
Timbalan Setiausaha Majlis Perundingan Kampong Mulaut.
Ahli Jawatankuasa Muslimah Surau Mulaut juga turut memeriahkan majlis.
Diretan pondok Kampong Sengkurong "A", Kampong Sengkurong "B" dan Kampong Mulaut berbaris dimana tempat pertama disandang olih Pondok Kampong Sengkurong "A" dan manakala tempat kedua disandang olih Kampong Sengkurong "B".
Acara kunjung mengunjungi telah dimulakan dengan tetamu kehormat mendahului bagi mengunjungi kepondok-pondok yang ada.